Cara buat grafiti cahaya


Semenjak Majalah 3 memaparkan teknik light grafiti ini, ramai photographer telah mencuba untuk membuat eksperiment untuk menghasilkan gambar menggunakan teknik grafiti cahaya ini. Abawan pun mmg sgt salute pada mereka yang kreatif menunjukkan hasilnya. Kawan Abawan a.k.a Razak pun telah mencubanya. Dan hasilnya dapat kita lihat disini. Beliau hanya menggunakan

  1. Camera DSLR
  2. I phone 4 – sebagai lampu (lampu LED lebih baik)
  3. Baldi – sebagai tripod

Abawan akan sharekan langkah-langkah utk membuat ligt grafiti tersebut.

  1. Pilih lokasi yang gelap. Razak telah memilih belakang rumahnya yang agak gelap disebalik pokok mempelam harum manis.
  2. Gunakan tripod utk meletakkan camera. Ini penting utk mengelakkan shaking. Walau sedikit shaking akan menyebabkan gambar jadi blur. Razak gunakan baldi bilik airnya utk menggantikan tripod tersebut.
  3. Tentukan jarak camera & frame gambar. Tandakan jarak frame supaya anda tidak melukis cahaya tersebut keluar dari frame. Razak menggunakan 2 baldi yg diletakkan dihujung kiri & kanan sbg tanda.
  4. Setkan camera anda kepada slow shutter. Razak setkan 30 saat. Maknanya dlm masa 30 saat Razak perlu menyiapkan lukisan cahaya tersebut. (F 22 & ISO – 800).
  5. Gunakan Timer utk memberi masa kpd anda bersedia di hadapan camera. Timer juga penting utk mengelakkan shaking berbanding press snap secara manual.
  6. Ok. Apabila camera mula snap, anda boleh mula melukis dihapan camera dgn menghalakan lampu @ cahaya hphone ke arah camera. Buatlah teknik cahaya mengikut kretiviti anda.
  7. Setelah 30 saat. Lihatlah hasilnya. Pasti menakjubkan!
  8. Jika anda ingin sebarang objek keluar bersama gambar grafiti cahaya tersebut, anda hanya perlu menyuluh cahaya pada objek tersebut pada 3 saat terakhir snap tersebut.

Mudah bukan. Yang penting anda mencubanya! Anyway credit pada Razak yg telah menyumbangkan gambar tersebut & mengajarkan teknik membuat grafiti cahaya ini. Abawan pun tak try lagi sbb tak ada camera DSLR. Camera hphone? ermm.. ermm.. Abawan tak tau nak set slow shutter tu kat mana. Haha.. so lupakan dulu..

3 Responses

  1. Baldi special 2..bkn baldi basuh baju..haha..

  2. Razak, ang terar aku tak terar..

Leave a comment