Cara hilangkan highlighted text pada desktop icon


desktop1

Nampak berserabut je bila tiba-tiba desktop abawan jadi mcm ni. Background pun dah tak cantik. Jadi untuk kembalikan text icon tanpa highlight, begini  tekniknya.

1) Right click kat desktop tu.
2) Select “property” kmudian “Desktop”

desktop2
3) Select “Customize desktop” kmudian “web”.
4) “untick” kat kotak f:///C:doc….

desktop3
5) Klik “ok”. klik “apply”. klik “ok”.

desktop4

Tengok. Text icon dah tak ada highlight. Selamat mencuba.

Advertisements

Msword : Cara gabung page potraits dan landscape dalam satu fail.


Baru-baru ni Abawan tersedar yang banyak ilmu yang Abawan tak amalkan akhirnya hilang macam tu jer. Memang benarlah fitrah manusia itu adalah pelupa. Tambahan pula umur yang semakin meningkat ni.

Contohnya, cara bagaimana nak gabungkan page potraits dan landscape dalam satu fail Microsoft Word (Msword). Maklumlah, nak buat report baru la guna skill ni.

Begini caranya. (Abawan guna MsWord versi 2010)

1. Letakkan curser pada ayat yang paling akhir dalam page potraits tu. Klik Page Layout > Breaks > Section breaks > Next page.

Kemudian secara automatic (next page) page baru akan wujud.

2. Copy paste table dalam page kedua tu. (page yg nak buat landscape).

3. Klik Page Layout > Landscape.

4. Ok. Dah selesai.

Tapi table tu nampak mcm besar sgt. Tak cantik.

Cara untuk fitkan table dalam 1 page.

4.1 Right klik pada table > Autofit > Autofit to Windows

Table tu akan fit untuk 1 page.

Tapi font masih belum adjust.

4.2 Highlight table tu (klik pada symbol + tu) > Klik A kecik untuk kecilkan font.

4.3 Dah selesai.

Cara yang sama boleh juga digunakan untuk masalah berikut..

1. First page ada header & second page tiada header.

2. Nak uruskan page number. Cth nak skip page number.

Sekian. Selamat mencuba.

Tiket online TBS (Terminal Bersepadu Selatan)


Abawan lihat Tbs semakin hari semakin ramai. Tambahan pula dekat-dekat nak cuti raya ni. 18 kaunter dibuka, semuanya kena beratur. Termasuk mesin layan diri tu. Jadi Abawan sarankan elok guna online jer. Tak perlu beratur. Syaratnya, tiket mesti dibeli sebelum 48 jam perjalanan.

Caranya:

1) Pergi ke https://eticketing.tbsbts.com.my

2) Login. Guna Id & Password. Kalau belum ada Id kena sign up dulu.

3) Pilih Tarikh & Distinasi perjalanan.

4) Pilih Masa Perjalanan

4) Pilih Seat.

5) Pilih payment. Boleh guna kredit kad.

6) Last skali dapatkan “Online Booking Code” 8 digit. Code ini perlu ditunjukkan kat kaunter OKU utk tukarkan tiket biasa, sebelum bas berlepas.

Selamat Balik Kampung!

Ceramah Countdown 2011 Shah Alam (Ustaz Azhar & Zizan Rajalawak)


Penutup ceramah 2011 yang paling best.
Alternatif sambutan tahun baru utk muda mudi. bertempat di Dataran Shah Alam.

Dengarkanlah dalam youtube selama 1 jam 16 minit. (Credit to Pridelezz)

Antara soalan yg diajukan.

Soalan 1:
Apakah hukum countdown newyear

Soalan 2:
Apakah hukum main bunga api

Soalan 3:
Langgar lampu merah dibolehkan?

Soalan 4:
Betulkah alat muzik itu najis?

Soalan 5:
Kalu suara isteri xsedap..kena nyanyi hiburkan suami jugak ke?

Soalan 6:
Pendapat Ustaz mengenai hiburan?

Soalan 7:
Orang perempuan xwajib pakai tudung

Soalan 8:
Batalkah solat jika anak kecil naik atas riba ketika sedang tahiyat awal?

Soalan 9:
Bakpe Ustaz ngn Zizan tak masuk Raja Lawak

Soalan 10:
Hukum tengok cerita hantu?

Soalan 11:
Nak derma RM10..tp termasuk RM50. Boleh minta balik tak duit tersebut?

Soalan 12:
Kenapa wanita suka berbelanja?

 

Mini Konsert Ustaz Zulkifli Ahmad & Sham kamikaze


Assalamualaikum, baru-baru ni Abawan terjumpa video dari youtube berkenaan Ustaz Zul. Biasanya Ustaz akan nyanyi sedikit sahaja petikan lagu yang diselitkan dalam ceramahnya. Walaubagaimanapun kali ni tidak begitu. Ustaz nyanyi sampai 3 lagu. Wah.. akhirnya berjaya jugak ustaz buat mini konsert. Featuring Sham Kamikaze pulak tu. Well done ustaz. Cuma touching sikit bila Ustaz bawa lagu M.Nasir tu.. syahdu..

Ustaz telah tunjukkan cara berhibur dalam Islam. Simple. Ternyata Islam tidak menghalang kita  rock, dangdut, rap. Cuma liriknya sahaja perlu bersuaian agar dapat sentiasa mengingati Allah & Rasul. Semoga selepas ini tiada lagi jurang antara rockers & Islam.

Antara lagu yg diperdendangkan di Konsert Simfoni Islami (22 Sept 2011) di Kompleks Matin Perlis ni adalah:
1) BPR – Silatulrahim
2) Awie – Iris
3) M.Nasir – Kepadamu Kekasih
4) Selawat

Cara tengok Live Camera Mekah & Madinah


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Abawan tengok keadaan Mekah & Madinah secara live. Ustaz kata kalau tengok kaabah dapat pahala. Jadi marilah sama-sama kita kumpul pahala secara percuma ni. Kita share sesama muslim. Org kata kalau kita berdoa depan kaabah InsyaAllah akan makbul, tapi kalau doa depan kaabah melalui kaedah live cam ni mcm mana yer? Tu Abawan tak sure pulak.

Abawan paling suka kalau tgk time waktu solat. Nampak sayu semua jemaah, sampaikan ada yg merintih & menangis . Sayu hati Abawan. Beza waktu Malaysia & Mekah 5 jam. Maknanya Mekah lewat 5 jam. Jadi tip utk lihat jemaah solat kita tunggu waktu solat kat Mekah. Maknanya kita boleh tgk jemaah solat Subuh lebih kurang pukul 11 pagi Malaysia (6 pagi di Mekah).

Imam solat jemaah di Mekah

Caranya:

1-Download player kat sini <<download>>.(saiz kecil 1.63 Mb)

2-Unzip file tersebut.

3-Double klik Nawuzah_Flash_Player.exe

4-Select folder Live Cam – Mekah & Madiah. (rujuk no 1)

5-Double klik Mekah Live.swf. (rujuk no. 2) Kemudian tunggu sekejap utk player streaming.

6-Nak tgk Madinah pula just double klik Madinah Live.swf.

Senangkan. Anda boleh simpan file tersebut dlm pendrive. Tak perlu install. Kat mana-mana pun boleh tgk Mekah. Asalkan ada access internet jer. Bila la agaknya Abawan dapat pegi Mekah? Anda doa-doakanlah supaya Abawan sempat pergi ke Mekah yerr. Terima kasih semua

====update 23 Ogos 2011.

Abawan minta maaf, software kat atas tu dah tak boleh guna sbb server live cam dah tukar. Abawan pun tak sempat nak update software baru. Jadi sesiapa yg nak tgk live cam mekah sila ke http://live.gph.gov.sa/ .

tu website arab. tapi Abawan dah bulat merahkan live cam mekah & live cam madinah. Semoga ini dpt membantu anda.

Khutbah: Taatilah kepada kedua ibubapamu


Kali ini Abawan nak share Khutbah Jumaat pula. Pesanan khutbah Jumaat ini Abawan nak tujukan kepada puteri sulung Abawan yang baru lahir pukul 7.47 mlm tadi (25 April 2011). Bila besar nanti jangan lupa pesan bapamu ni nak.. Dengar khutbah ni baik-baik. Bila ibu & bapamu ini sudah tiada lagi di dunia jangan lupa doakan kami. Sampaikanlah ilmu yang ada dalam dirimu kepada ummah walupun hanya 1 ayat. Amal jariah terutama kepada fakir miskin jangan dilupakan. Kasihanilah anak-anak yatim kerana nabi kita juga anak yatim. Hormat & respect guru-guru kamu. Lebih-lebih lagi ulamak perlu dimuliakan. Keluarkanlah zakat utk bersihkan hatimu. Yang paling penting jangan tinggalkan solat.

Dengarkanlah (39 minit)

Baby Girl

Jam 7.47 malam

Lahir 25 April 2011

Berat 2.96 kg