Kos Haji RM 9,980.00


Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan kos menunaikan haji untuk tahun ini kekal pada RM9,980 seorang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, Tabung Haji sentiasa memantau peningkatan kos membabitkan ibadah itu bagi memastikan tambang haji kekal relevan dengan pasaran dan tidak membebankan jemaah haji.
“Kos (menunaikan haji) masih kekal pada tangga yang biasa. Cuma kita melihat pasaran sedang berkembang dengan kos peningkatan dan sebagainya.

“Justeru, ini akan dinilai dan dilihat Tabung Haji dengan lebih terperinci bagi memastikan ia relevan antara harga sekarang dan akan datang.

“Selain itu, kita harapkan usaha kita (untuk menambah kuota) akan diperkenan (Kerajaan Arab Saudi),” katanya selepas merasmikan majlis penjenamaan semula dan pelancaran logo Theta Edge Berhad di Lembaga Tabung Haji di sini, semalam.

Tambang haji dinaikkan pada musim tahun haji lalu kepada RM9,980 bagi Semenanjung, Sabah (RM10,110) dan Sarawak (RM10,065) ekoran peningkatan kos operasi berbanding RM8,973 bagi Semenanjung, RM9,054 bagi Sabah dan Sarawak (RM9,096) pada 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: