Ust. Hanif – ADAB


Sekali lagi Abawan hidangkan kuliah dari Ustaz Hanif K.Pilah ni. Pada kuliah ini membincangkan panjang lebar tentang adab. Tajuk adab ini sbnrnya lebih menjurus kepada adab di dalam solat berjemaah. Diambil dari Kitab Pedoman Solat Berjemaah. Namun Ustaz Hanif sudi berkongsi beberapa adab yg biasanya kita terlupa utk mengamalkannya. Menurut beliau Adab adalah Ilmu yang paling penting dalam hidup kita. Mengapa kadang-kala ilmu yang kita pelajari amat sukar untuk diamalkan? rupa2nya kita terlupa bahawa sekiranya kita sambil lewa menjaga adab boleh menyebabkan kita tidak mendapat keberkatan. Maka Ilmu yg dipelajari sukar dimanafaatkan. Rezeki yang diberikan tidak mendapat keberkatan.

Adab Intro (16 minit)

Adab Part 1 (30 minit)

Adab Part 2 (43 minit)

Continue reading

Ust. Hanif – Syarat Sah Solat Berjemaah


Kuliah ni adalah dari Ustaz Mohd Hanif Mohd Ramli. Yang mengajar Kitab Pedoman Sembahyang Berjemaah karangan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman (Pasir Mas Kelantan). Siri kuliah ini berjalan pada setiap hari Sabtu selepas solat Subuh bertempat di Masjid Az-Zubir Ibn Awwam Cheras. Kuliah ustaz Hanif ni mmg cukup berinformatif. Beliau mengajar dengan berpandukan Kitab yg beliau pelajari dari Sekolah Pondok di Pasir Tumbuh Kelantan. Bagi Abawan, Ilmu yang dicurahkan umpama mutiara yang amat rugi jika kita tidak mengutipnya. Sama2lah kita kongsi dan amalkn ilmu yang diajarkan. Hadiahkanlah Al-fatihah utk beliau & pengarang kitab yang sudi menyampaikan ilmu ini kepada kita.

Ustaz Hanif berasal dari Kuala Pilah N9. (Sobab tu ado loghat2 ala2 org nogori.)

Syarat solat Berjemaah Part 1 (29 minit)

Syarat solat Berjemaah Part 2 (30 minit)

Continue reading

Ust. Zulkifli Ahmad : Pesanan Bulan Ramadan


Ustaz Zulkifli Ahmad

Atas permintaan dari anak sedara yg jauh diperantauan, jadi Abawan post lagi ceramah dari Ustaz Zul ni. Ceramah ni diadakan dalam bulan Ramadhan yg lalu. Masa ni Puan Pengarah pun turut serta dgr ceramah. Memang hebat  tarikan ustaz Zul. Antara isi ceramah beliau menyentuh tentang penipuan dunia, kisah ringgo dll.

Seperti biasa antara lagu yg dinyanyikan Lagu P.Ramlee – dunia penuh dosa (bujang lapok), Ringgo – Kalau benci katakanlah, Rahim Maarof – Istana menanti, Saleem Iklim (boleh buat munajat solat malam). 🙂

Ust. Zul juga dlm usaha untuk menubuhkan pusat utk remaja (laman mukmin) & pusat hafazan utk kanak2. Sama2lah kita berdoa agar usaha beliau diberkati dan terus mencapai kejayaan.

Part 1 (20 minit)

Part 2 (22 minit)

Cara mudah terjemah bahasa


Kebanyakkan bahan yang dikongsi di internet adalah dalam bahasa inggeris, jadi bg student melayu yg kurang faham bahasa inggeris sudah tentu akan menjadi masalah bagi mereka.Walhal mereka ini tidak kurang pintar, cuma mungkin kurang mendapat pendedahan dlm bahasa inggeris. Bagi pelajar2 ini baik full time @ part time, kini anda tidak akan lagi hadapi masalah utk mencari bahan project paper kat internet. Abawan akan tunjukkan caranya. Gunakan servis google translate.

1) Taipkan url www.google.com dan pilih “translate”.

Continue reading

Cara mudah bersihkan cookies dlm komputer


Bagi mereka yg kerap melayari internet pasti akan mengalami masalah browser mereka lambat.  Kita pun pelik mengapa komputer kwn kita laju sedangkan komputer kita lembab. Sedangkan guna komputer yg sama. Apa cookies ni? Cookies ni mcm biskut la. kejap ada kejap takde! 🙂 Cookies adalah fail2 yg masuk secara utk automatic ke dlm komputer kita jika melayari internet. Fail ni akan parking dalam temporary folder kita. Kalau kita tak pernah clearkan temporary folder lama2 folder ni akan sarat. Jadi, internet kita akan jd lembab utk buka sesuatu page. Lagi teruk kalau dlm folder tu ada fail2 virus.

Kalau hantar kat kedai pun diorg akan clearkn cookies ni. Tak pasal2 kena charge RM50. Sedangkn kita boleh buat sendiri. Caranya.

 

1) Download file CCleaner ni (free). Saiz pun tak besar. 1.13Mb jer. http://www.filehippo.com/download_ccleaner/

2) Save & install program ni.

Continue reading

Lawatan Ulama Sufi Tersohor


Bagi yg ingin mencari ketenangan hati, Abawan cadangkan agar datang beramai-ramai utk mendengar ceramah dari para alim ulara dari Yaman dan Madinah ini. Bukan senang Malaysia ingin menerima tetamu ulung dari luar Negara seperti ini. Hati anda pasti terusik dgn ceramah & doa2 mereka. Abawan pernah dgr Doa Habib Umar ini suatu ketika dahulu. Mengalir air mata dan terusik hati apabila mendengarnya. Terasa kerdil kita ini disisi Allah. InsyaAllah doakan Abawan dpt peluang utk kemerasakan suasana yg sungguh berbeza ini sekali LAGI. Lebih syahdu dari segmen “Sentuhan Kalbu” di TV9.

1)Jumaat  15.10.2010 Masjid Albukhary Jln Hang Tuah KL.

Jam 5.30ptg hingga 9.30mlm.

 

2)Sabtu 16.10.2010 Masjid SSASS Shah Alam Selangor

Jam 5.00ptg hingga 9.30mlm

 

3)Ahad 17.10.2010 Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya Selangor.

Jam 5.30ptg hingga 9.30mlm.

Mana satu logo halal?


Last week Abawan & Irah (adik) pergi ke beberapa kedai utk mencari frozen French Fries. Malangnya Abawan dapati terdapat byk jenis logo halal pada setiap jenis French fries tersebut. Tapi satu pun tak ada logo halal dari Jakim. Mana satu logo halal yg betul? Lantas Abawan pun search kat laman web utk mencari penjelasan. Rupa2nya terdapat beberapa logo yg telah diharamkan. Dan logo2 ini mmg biasa kita lihat dipasaran kita (pada makanan dan restoren). Di sini Abawan share artikel tentang Mais haramkan logo2 tersebut.

Continue reading