Mana satu logo halal?


Last week Abawan & Irah (adik) pergi ke beberapa kedai utk mencari frozen French Fries. Malangnya Abawan dapati terdapat byk jenis logo halal pada setiap jenis French fries tersebut. Tapi satu pun tak ada logo halal dari Jakim. Mana satu logo halal yg betul? Lantas Abawan pun search kat laman web utk mencari penjelasan. Rupa2nya terdapat beberapa logo yg telah diharamkan. Dan logo2 ini mmg biasa kita lihat dipasaran kita (pada makanan dan restoren). Di sini Abawan share artikel tentang Mais haramkan logo2 tersebut.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam membuat keputusan mengharamkan penggunaan sijil halal keluaran enam buah syarikat swasta di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

Kesemua syarikat itu yang selama ini mengeluarkan sijil halal kepada kira-kira 100 pengusaha restoran dan makanan di negeri ini dilarang menerima permohonan baru untuk mendapatkan sijil tersebut.

Keenam-enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, bagi pengusaha premis pula, mereka diarahkan supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit sebaliknya perlu segera membuat permohonan semula dengan pihaknya atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, tindakan tegas itu diambil ekoran terdapat pelbagai logo halal keluaran syarikat swasta yang tidak diiktiraf telah dikesan berada di pasaran menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

(Petikan Dari Kosmo).

Antara logo yg diharamkan MAIS yg dimaksudkan :

 

Halal Food Council

 

 

IFANCA

 

 

IFRC

 

Sebagai panduan Abawan sertakan logo halal badan luar Negara yg diiktiraf: (print dan bawa ke dai sbg rujukan. Yg dari Thailand tu mmg byk kat pasaran kita). So jgn ragu2 lagi.

 

Logo (depan)

 

 

Logo (belakang)

 

Tapi bila Abawan search kat web badan ini, mereka masih mempertahankan logo halal mereka. Cuba ke web http://www.halalfoodasia.org

Antara isinya adalah bersifat amaran.

IMPORTANT ANNOUNCEMENT TO CUSTOMERS

6 Ogos 2010

Kepada Pelanggan-pelanggan BLSB

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL KE ATAS PENCABUL UNDANG-UNDANG BERKAITAN ISU HALAL

Berdasarkan Perintah Perihal Dagangan 1975 (Perbahasaan Halal) oleh KPDNKK, sijil dan  logo Halal yang dikeluarkan oleh Bahtera Lagenda Sdn. Bhd. adalah sah di sisi undang-undang Malaysia. Semua premis/restoran yang menggunakan sijil dan logo halal kami berhak mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Pemilik restoran tidak boleh membenarkan mana-mana pihak untuk masuk ke dapur bagi membuat pemeriksaan kecuali pihak KPDNKK sahaja.
  2. Pemilik restoran hendaklah meminta surat kuasa KPDNKK daripada orang yang datang untuk membuat pemeriksaan sebelum dibenarkan memasuki premis/dapur anda.
  3. Jika ada pihak selain KPDNKK menanggalkan atau menurunkan logo dan sijil di premis anda, sila ambil nama dan gambar mereka dan buat laporan polis dengan segera.
  4. Jika ada gangguan yang tidak dapat dielakkan, sila minta pihak Tuan atau individu terbabit menelefon kami di talian berikut untuk mendapat keterangan lanjut:

Hj. Abdullah Fahim – 012-3239632 (Setiap hari)

    1. Hj. Zakaria – 019-6864281 (Setiap hari)
    2. Farish Husni – 012-3239632 (Setiap hari)
    3. Pejabat – 03-77263466 / 03-77265466 (Isnin – Sabtu)

Nota: Sijil dan logo Halal BLSB (IFRC/HFCI) adalah sah dari segi undang-undang Negara.

Terima kasih.

Hj. Abdullah Fahim Ab. Rahman, MA, AMN

Pengarah Urusan

Bahtera Lagenda Sdn. Bhd

Entahlah.. Bagi Abawan kita perlu buat keputusan sendiri badan mana yg harus kita lebih percaya. MAIS @ IFRC. Tepuk dada tanya iman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: