Al-Hijrah – Channel TV baru.


Malaysia akan tambah 1 lagi channel tv baru. Tv Al-Hijrah. Akan disiarkan secara rasminya pada 7 Disember 2010. Dari namanya saja tentu kita dah tau rancangan apa yg akan ditayangkan di dalam channel ini. Sudah semestinya rancangan yg bercorak Islamik. Bagi Abawan ini adalah satu perkembangan yg baik. Rakyat Malaysia tanpa kita sedari sememang dahagakan rancangan yg ke arah keislaman. Buktinya, Drama Nur Kasih telah mendapat rating yg paling tinggi dan meninggalkan byk kesan terhadap masyarakat. Ada yg baru sedar pemakaian tudung membuatkan mereka kelihatan bertambah ayu. Alhamdulillah.

Bagi yg mempunyai Astro sudah semestinya OASIS yg menjadi pilihan. Namun bg mereka yg tidak mempunyai Astro, channel Al-Hijrahlah yg dijangka akan menjadi pilihan mereka.

Abawan dah tgk siaran ujian Tv Hijrah ni. Dah ada kat tv bermula semalam. Anda boleh try sekarang search frekunsi berikut.

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Johor CH  40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Boleh tgk plan rancangannya kat website dia. http://www.tvalhijrah.com
Try la.

Advertisements

Tips menghadapi peperiksaan


Dlm bulan ni kebanyakkan antara kita khususnya para pelajar akan menghadapi peperiksaan. Baik diperingkat SPM ataupun di universiti. Peperiksaan adalah antara situasi yang pasti mendebarkan. Apa tidaknya melalui peperiksaanlah orang lain dapat menilai tahap dan kemampuan kita. Keimanan kita juga biasanya akan diuji melalui masalah yang Allah berikan. Jadi kita patut bersyukur jika ditimpa masalah. Sbnrnya Allah sedang mengukur tahap keimanan kita. Apa yang penting kita perlu membuat persedian utk menghadapinya. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal.

Jadi Abawan kongsikan disini tips doa utk memasuki peperiksaan. (dipetik dari radio IKIM.FM 2 minit)

1)      Fatihah
2)      Selawat Syifa
3)      Surah Al-Isyrah
4)      Doa Penerang Hati N.Musa. (Rabbisrohli Sodri..)
5)      Doa Penerang Hati. (Allahumaftah..)
Continue reading