Pengiraan Pinjaman (Amortization) dlm Excel 2007


Bagi mereka yg ingin membuat pinjaman perumahan atau pinjaman kereta atau pinjaman peribadi, anda perlu utk mengetahui berapa perkara berkenaan pinjaman tersebut. Contohnya bayaran bulanan yg perlu dibayar, kadar faedah & tempoh pinjaman. Jadi Abawan akan share dgn anda semua berkenaan dgn template yg telah tersedia ada di dalam excel 2007. Iaitu Jadual Pinjaman. (Loan Amortisation).Anda boleh membuat perbandingan sendiri & membuat analisis tempoh bayaran & kadar faedah yg dikenakan. Buatlah pilihan yg tepat.

Cara-caranya:

1) Buka program Excel 2007.

2) Klik “Office Button” yg berbentuk bulat diatas penjuru kiri Excel.

3) Klik “New

Continue reading

Advertisements

Selawat di Masjid Az-Zubair Cheras


Setiap hari Khamis (malam Jumaat) selepas solat Maghrib, masjid Az- Zubair kat rumah Abawan kebiasaannya akan ada program Bacaan Yasin. Apa yang Abawan nak share adalah selawat yg dibaca selepas bacaan Yasin tersebut. Melodi selawat tersebut agak menarik bagi Abawan.
Dengarkan Selawat (8 minit)

Selawat ini telah diijazahkan oleh Tuan Guru Haji Said, Kuang Selangor. Antara fadhilat apabila membacanya adalah:

  1. Dilepaskan oleh Allah drpd segala huru hara didunia & akhirat.
  2. Dilepaskan oleh Allah drpd segala permusuhan & aniaya org.
  3. Allah akan melembutkan hati raja & org besar.
  4. Disembuhkan drpd segala penyakit.
  5. Allah menerangkan hati pengamalnya.
  6. Allah mengembirakan hati pengamalnya.
  7. Allah memberi kesabaran pengamalnya dari musuh.
  8. Allah menyembuhkan drpd penyakit gila.
  9. Allah menyebuhkan drpd penyakit mata.
  10. Allah menyembuh drpd penyakit lenguh dalam tulang.
  11. Allah murahkan rezeki yang halal.

Banyak juga kelebihan mengamalkan selawat ni. Sekurang-kurangnya kita akan dikasihi nabi & mendapat syafaat diakhirat kelak. Marilah sama-sama kita mengamalkannya. Abawan doakan kita diberi kekuatan untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhamad SAW.

Sebagai panduan Abawan share panduan selawat tersebut. zikir selawat Masjid Azzubair.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Kepada sesiapa yang ingin menaiki bas untuk ke Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) anda perlu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak bersebelahan LRT, Komuter, ERL (Stesen Bandar Tasik Selatan).

Baru-baru ni Abawan telah menaiki bas dari Masjid Tanah ke K.Lumpur dgn menaiki Ekspress Maraliner. Alangkah terkejutnya apabila bas tersebut memberhentikan kami di TBS. Biasanya kami akan berhenti di Stesen sementara di Bukit Jalil. Semua penumpang terpinga-pinga. Namun pada masa tersebut ramai petugas TBS telah bersedia menunggu utk memberi penerangan tentang tempat baru tersebut.

Wow! Tempatnya sgt cantik dan luas. Seperti berada di airport. Setanding KL Sentral. Diruangan menunggu pula terdapat byk kiosk yang telah disediakan. Dah mcm pasaraya. Walaupun hanya beberapa buah kedai yg baru mula beroperasi. Selain itu TBS ini juga akan dilengkapi dgn wifi, food court, Restoran Nasi Kandar, surau, ATM machine, e-ticketing, locker simpan barang (layan diri). Continue reading