Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Kepada sesiapa yang ingin menaiki bas untuk ke Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) anda perlu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak bersebelahan LRT, Komuter, ERL (Stesen Bandar Tasik Selatan).

Baru-baru ni Abawan telah menaiki bas dari Masjid Tanah ke K.Lumpur dgn menaiki Ekspress Maraliner. Alangkah terkejutnya apabila bas tersebut memberhentikan kami di TBS. Biasanya kami akan berhenti di Stesen sementara di Bukit Jalil. Semua penumpang terpinga-pinga. Namun pada masa tersebut ramai petugas TBS telah bersedia menunggu utk memberi penerangan tentang tempat baru tersebut.

Wow! Tempatnya sgt cantik dan luas. Seperti berada di airport. Setanding KL Sentral. Diruangan menunggu pula terdapat byk kiosk yang telah disediakan. Dah mcm pasaraya. Walaupun hanya beberapa buah kedai yg baru mula beroperasi. Selain itu TBS ini juga akan dilengkapi dgn wifi, food court, Restoran Nasi Kandar, surau, ATM machine, e-ticketing, locker simpan barang (layan diri).Tak dapat dibayangkan kalau dah 100% beroperasi pasti selesa walaupun perlu menunggu bas sehingga beberapa jam.

Utk membeli tiket pula sungguh sistematik. Anda boleh pergi ke mana-mana kaunter yg dibuka. Kerana 1 kaunter menjual semua perjalanan & bas. Disebelah kanan anda pula disediakan sebuah touch skrin kecil utk anda pilih bas & masa perjalanan yang dikehendaki.

Kemudian anda hanya dibenarkan check-in ke terminal bas ditingkat bawah melalui lobi pelepasan ½ jam sebelum bas berlepas. Ada Polis bantuan yg mengawal di laluan tersebut. Tiket yg anda beli perlu discan di terminal tersebut. Jadi bas-bas ini akan berlepas mengikut masa yang telah ditetapkan. Jadi anda tidak perlu makan asap bas lagi semasa menunggu.

Terdapat juga skrin gergasi yang memaparkan informasi jadual status bas yang akan berlepas. Sungguh teratur.

Abawan pasti masalah ulat-ulat tiket pasti akan berakhir. Harga tiket boleh dikawal. Masalah bas lewat sampai juga pasti dpt diatasi. Bas menunggu penumpang sehingga penuh seat juga boleh diatasi. Sbb itu la masih ramai pengusaha bas yg tidak mahu ke TBS ini. Mereka terikat dgn system yg diperkenalkan di TBS ini. Mahu tidak mahu mari kita tengok lepas ni apa alasan yg akan mereka berikan. Baru-baru ini kerajaan memutuskan 1 Mac 2011 Terminal Bas Bukit Jalil akan ditutup sepenuhnya. Nak tak nak, mereka perlu juga berpindah ke TBS yang bernilai 570juta itu.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: