Mini Konsert Ustaz Zulkifli Ahmad & Sham kamikaze


Assalamualaikum, baru-baru ni Abawan terjumpa video dari youtube berkenaan Ustaz Zul. Biasanya Ustaz akan nyanyi sedikit sahaja petikan lagu yang diselitkan dalam ceramahnya. Walaubagaimanapun kali ni tidak begitu. Ustaz nyanyi sampai 3 lagu. Wah.. akhirnya berjaya jugak ustaz buat mini konsert. Featuring Sham Kamikaze pulak tu. Well done ustaz. Cuma touching sikit bila Ustaz bawa lagu M.Nasir tu.. syahdu..

Ustaz telah tunjukkan cara berhibur dalam Islam. Simple. Ternyata Islam tidak menghalang kita  rock, dangdut, rap. Cuma liriknya sahaja perlu bersuaian agar dapat sentiasa mengingati Allah & Rasul. Semoga selepas ini tiada lagi jurang antara rockers & Islam.

Antara lagu yg diperdendangkan di Konsert Simfoni Islami (22 Sept 2011) di Kompleks Matin Perlis ni adalah:
1) BPR – Silatulrahim
2) Awie – Iris
3) M.Nasir – Kepadamu Kekasih
4) Selawat

Advertisements

Khutbah: Taatilah kepada kedua ibubapamu


Kali ini Abawan nak share Khutbah Jumaat pula. Pesanan khutbah Jumaat ini Abawan nak tujukan kepada puteri sulung Abawan yang baru lahir pukul 7.47 mlm tadi (25 April 2011). Bila besar nanti jangan lupa pesan bapamu ni nak.. Dengar khutbah ni baik-baik. Bila ibu & bapamu ini sudah tiada lagi di dunia jangan lupa doakan kami. Sampaikanlah ilmu yang ada dalam dirimu kepada ummah walupun hanya 1 ayat. Amal jariah terutama kepada fakir miskin jangan dilupakan. Kasihanilah anak-anak yatim kerana nabi kita juga anak yatim. Hormat & respect guru-guru kamu. Lebih-lebih lagi ulamak perlu dimuliakan. Keluarkanlah zakat utk bersihkan hatimu. Yang paling penting jangan tinggalkan solat.

Dengarkanlah (39 minit)

Baby Girl

Jam 7.47 malam

Lahir 25 April 2011

Berat 2.96 kg

Artis mula kembali kepada Islam


Ceramah online ini disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Menceritakan sejarah Islam yang dahulunya amat asing, kemudian setelah kedatangan Rasullullah membawa perubahan besar kepada dunia sehinggakan 2/3 penduduk dunia beragama Islam. Kemudian akhir-akhir ini Islam kembali asing di mana penganutnya sukar menjalani hidup secara Islam syumul. Namun pada hari ini kelihatan Islam telah mula mahu berkembang kembali. Buktinya, artis Malaysia sudah berani utk berdakwah. Ustaz Zulkifli menceritakan sedikit kelebihan datuk kepada Bob Lokman yang disaksikan sendiri oleh Bob Lokman ketika beliau kanak-kanak.

Ustaz juga membawa satu kisah lawak doa qunut dalam youtube yg mengisahkan adik-beradik yg tidak mempunyai ilmu dlm solat subuh.

Marilah sama-sama kita hayati ceramah online ini dan jgn lupa utk menderma kepada Laman Mukmin (sekolah Tahfiz Kanak-Kanak) yg sedang diusahakan oleh ustaz. Artikel Laman Mukmin dalam berita harian <Klik Sini>. keterangan lanjut bolehlah hubungi 019-3238455 atau 019-9880721.

Part 1 (30 minit)

Part 2 (26 minit)

Lawak Doa Qunut yg Ustaz Maksudkan.

Bagaimana Bob Lokman temui cahaya di lorong gelita?


Fuh.. tajuk ni agak puitis sikit sbb ceramah online hari ni disampaikan oleh orang seni iaitu Bob Lokman. Abawan sebenarnya baru balik dari mendengar ceramah beliau dari masjid Al-Azim Pandan Indah. Siapa sangka Bob Lokman yang dahulunya seorang komposer rock lagu Isabela (search), Taman Rasyidah Utama (wings) & Warisan Wanita Terakir (Teachers Pet) telah berubah menjadi pendakwah. Dari seorang pelawak a.k.a juri Raja Lawak menjadi seorang yang petah menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran. Siapa sangka sekarang Bob Lokman lebih bertaqwa dari kita? Bersama berjuang dalam Gerakan Islam. Itulah, kalau kita buka hati mencari mutiara keimanan, InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan. Hidayah daripada Allah sungguh tiada nilainya. Patut la drama kat Astro baru-baru ni Bob Lokman byk berlakon sebagai Ustaz.

Dalam ceramahnya Bob Lokman menceritakan perjalanan bagaimana beliau yang dahulunya sedikit tersasar telah kembali ke pangkal jalan. Dahulunya beliau dihanyutkan oleh sistem keduniaan di Malaysia yang menipu kini telah kembali sedar. Kematian & Kasih Sayang lah membuatkannya lebih bersemangat utk berdakwah. Ramai antara hadirin termasuk Abawan berasa hiba hampir mengalirkan air mata apabila mendengar cerita dari Bob Lokman. Bob Loman juga rupanya adalah cicit kepada Tok Kenali. Bersama moderator Ustaz Zulkifli Ahmad yang seperti biasa sempat mendendangkan lagu Taman Rasyidah Utama. Dengarkanlah:

Part 1 (40 minit)

Part 2 (42 minit)

(p/s: Abawan nampak Chico (anak Uji Rasyid) juga kelihatan bersama dalam majlis tersebut. Satu petanda baik.) Alhamdulillah. Abg chico sainnnnn….

Kisah benar detik cemas Kapal Mavi Marmara diserang komando Israel.


Tn. Hj. Noorazman (Ketua Misi Gaza)

Ceramah pada kali ini agak menarik kerana pengalaman detik cemas pada subuh 31 may 2010 diceritakan sendiri oleh Tn. Haji Noorazman bin Samsudin (Ketua Misi Lifeline4gaza Asia Tenggara) yang pada masa kejadian beliau sememangnya berada di dalam kapal tersebut. Visual dalam kapal semasa komando Israel menyerang turut dipaparkannya menggunakan projector di dalam dewan. Menurut beliau memori kad tersebut berjaya diseludup keluar secara haram. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dapat menilai sendiri bagaimana kekejaman komando Israel ini dengan rakus menyerang kapal tersebut. Difahamkan video yg dirakam tidak dikomersialkan kerana akan dijadikan bukti untuk mendakwa Israel yang secara terang-terangan telah menceroboh Kapal Misi Bantuan Keamanan Palestin. Walaubagaimanapun Abawan dapat traced video tersebut dalam youtube. Di sini Abawan sharekan ceramah dari beliau. Dengarkanlah:

Part 1 (45 minit)

Part 2 (45 minit)

Jadi inilah video yang dimaksudkan oleh Tn. Hj. Noorazman yang dipaparkan pada kami dalam dewan tersebut.

Banyak diceritakan perkara pelik berlaku semasa serangan tersebut, antaranya

  1. bom yang dibaling didalam kapal tidak meletup
  2. gas beracun tidak masuk kedalam kapal sebaliknya dibawa angin keluar dari kapal
  3. org yg dikehendaki oleh Israel tidak ditemui walaupun berada didepan mata.

Fuhh, sungguh Allah membantu org2 yang benar.

Abawan harap sama-samalah kita hadiahkan Al-fatihah pada para syuhada yang telah meninggal dunia akibat dari serangan tersebut.

Penceramah turut berpesan agar kita tidak menyumbang kepada dana Israel dan sekutunya yang menyumbang dana untuk membeli senjata yang menghancurkan Islam. Contoh yang diberikan adalah seperti Macdonalds & rokok.

Walaupun kita kita dapat berjihad dari segi tenaga, cukuplah sekadar kita berjihad dengan menghulurkan derma kpd dana utk pejuang kita. Bagi membantu rakyat Palestin.  InsyaAllah Allah akan mudahkan hidup kita dan mendapat berkat sepanjang kehidupan kita.

Ust. Zulkifli Ahmad – Ceramah Cuciter


Ceramah online daripada Ustaz Zulkifli Ahmad mengupas hadis bertajuk “Penyakit Umat Terdahulu“.

  1. Terlalu banyak berseronok
  2. Terlalu bermewah-mewah
  3. Menghimpunkan harta sebanyak mungkin
  4. Tipu menipu merebut harta dunia
  5. Saling memarahi
  6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi

Disamping itu Ustaz menyarankan agar kita menyimpan simpanan kita menggunakan emas (dinar @ dirham). Penjelasan tentang public gold boleh tanya ustaz sbb ustaz salah seorang agennya. Pesan ustaz jgn terpedaya dgn pekej jualan emas jenis MLM. Penuh dgn seloka yang mencuit hati. Cuciter.. tag “Hantu Kak Limah Balik Rumah” juga membuat jemaah tidak kering gusi.  Seperti biasa Ustaz juga sempat mendendangkan lagu Iris (Awie) dgn penuh emosi. Haha.. Dengarkanlah:

Part 1 (30 minit)

Part 2 (32 minit)

Ust. Zulkifli Ahmad – Valentine vs Maulidur Rasul


Ustaz Zulkifli Ahmad

Walaupun sambutan Maulidur rasul dah lepas, namun Abawan nak share juga ceramah dari ustaz zul ni. Kali ni ustaz byk menyentuh sejarah St. Valentino. Dengarkan ceramah beliau.

Part 1 (30 minit)

Part 2 (25 minit)