Kaunter Tiket Terminal Bersepadu Selatan


Tempat baru biasa la, mcm mcm benda baru nak kena tau. Jadi Abawan nak cerita serta sedikit tentang kaunter tiket di TBS. Ada 4 jenis kaunter tiket kat sana. Anda dinasihatkan supaya jangan silap utk beratur dikaunter yg tidak sepatutnya. Jika tidak anda mungkin hanya membuang masa utk beratur, namun apabila sampai dikaunter, operator tiket akan hanya menunjuk arah kaunter yg lain. Kena beratur lagi sekali..

1) Kaunter Tiket Pelbagai.

1 kaunter boleh menjual beberapa jenis bas. Antara Bas tersebut adalah:

  1. Airebus
  2. Cepat Ekspres
  3. Delima Ekspres
  4. Five Star
  5. Hasry Ekspres
  6. Sepakat Liner
  7. Konsortium Bas Ekspres Semenanjung
  8. Kwok Ping Ekspres
  9. Mara Liner
  10. Maju Ekspres
  11. Mayang Sari
  12. Melor Interline
  13. Meridian Holidays
  14. Seasons
  15. Starmart Ekspress
  16. Startrip Quest

2) Kaunter Tiket Individu

1 Kaunter menjual 1 jenis bas sahaja. Antara kauter bas tersebut.

  1. Transnasional
  2. Plusliner
  3. Satria LPMS
  4. KKKL Ekspress
  5. Metrobus Ekspres Sdn Bhd
  6. Matahari Ekspress
  7. City Ekspress
  8. Cepat Sedia Ekspress
  9. Jebat Ekspress
  10. S&S International Ekspress
  11. Five Stars
  12. Zenwan (M) Sdn Bhd
  13. Couseway Link
  14. Kuala Yakin Sdn Bhd
  15. Fame Pacific Sdn Bhd
  16. Eltabina Jaya
  17. Eagle Coach Sdn Bhd
  18. Sri Maju

3) Kaunter Pas Masuk Bas.

Sekirannya anda telah membeli tiket secara online atau dari kaunter di tempat lain, anda perlu menukar tiket tersebut sbg Pas Masuk Bas. Maksudnya tiket yg dibeli selain dari kaunter di TBS perlu ditukar dahulu sebelum menaiki bas. Hanya tiket bas dari TBS sahaja dibenarkan turun utk meniki bas.

4) Kaunter Tiket Warga Emas @ OKU.

Hanya utk golongan tersebut sahaja dibenarkan utk berurusan.

Jadi rancang dahulu pembelian tiket sebelum beratur dikaunter.

Lagi satu berkenaan dgn train di Stesen Bandar Tasik Selatan, pastikan anda mempunyai kad Touch & Go kerana org tersangatlah ramai beratur utk membeli tiket train dikaunter. Jadi anda tak perlu bersesak utk beratur di kaunter stesen. Ada 3 stesen train yg berdekatan iaitu LRT Star, LRT Komuter & KLIA Transit. Laluannya adalah seperti berikut.

LRT STAR

KOMUTER

KLIA TRANSIT

Advertisements

Wifi Coverage di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Sekarang ni Abawan ada kat TBS. Nak ke Melaka. Sambil tunggu bas tu try la wifi kat sini. Guna “TBS@HOTSPOT” Wahh!! terkezutnya Abawan bila tgk speed kat sini. Download & Upload hampir 1mb. Lajunyerr…
Speed wifi di Terminal Bersepadu Selatan

JAdi untuk sesapa nak ke TBS ni. Baik bwk laptop…

Tapi ada satu jer yg tak kena. Kenapa masih tak boleh semak jadual perjalanan bas di TBS. Mungkin mereka belum update website kot. Sepatutnya dah boleh semak kat sini.. http://www.tbsbts.com.my

Harap cepat-cepat la update.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Kepada sesiapa yang ingin menaiki bas untuk ke Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) anda perlu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak bersebelahan LRT, Komuter, ERL (Stesen Bandar Tasik Selatan).

Baru-baru ni Abawan telah menaiki bas dari Masjid Tanah ke K.Lumpur dgn menaiki Ekspress Maraliner. Alangkah terkejutnya apabila bas tersebut memberhentikan kami di TBS. Biasanya kami akan berhenti di Stesen sementara di Bukit Jalil. Semua penumpang terpinga-pinga. Namun pada masa tersebut ramai petugas TBS telah bersedia menunggu utk memberi penerangan tentang tempat baru tersebut.

Wow! Tempatnya sgt cantik dan luas. Seperti berada di airport. Setanding KL Sentral. Diruangan menunggu pula terdapat byk kiosk yang telah disediakan. Dah mcm pasaraya. Walaupun hanya beberapa buah kedai yg baru mula beroperasi. Selain itu TBS ini juga akan dilengkapi dgn wifi, food court, Restoran Nasi Kandar, surau, ATM machine, e-ticketing, locker simpan barang (layan diri). Continue reading

Juadah berbuka


Hari ni Abawan berbuka mcm biasa. Simple.

Tak byk menu pun. Kuih tu kakak yg beli.

Abawan tak beli apa2 pun kat Bazar Ramadan. Malas.. Ramai sgt org kat Taman Tenaga tu.

Makan sikit pun kenyang sebenarnya. Yang penting ikut sunnah nabi.

Menu:

  • Kuih popia
  • Murtabak
  • Sup Daging
  • Ikan & Ayam Goreng Tepung
  • Bubur Lambok
  • Kurma
  • Air Soya

Agak simple kan?

Yang paling tak tahan nak layan si Darwish ni.

Dia asyik nak mengemas jer.. Kelam kabut dibuatnye.

Mek steady, makan tetap makan.

Hello world!


Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!