Cara hilangkan highlighted text pada desktop icon


desktop1

Nampak berserabut je bila tiba-tiba desktop abawan jadi mcm ni. Background pun dah tak cantik. Jadi untuk kembalikan text icon tanpa highlight, begini  tekniknya.

1) Right click kat desktop tu.
2) Select “property” kmudian “Desktop”

desktop2
3) Select “Customize desktop” kmudian “web”.
4) “untick” kat kotak f:///C:doc….

desktop3
5) Klik “ok”. klik “apply”. klik “ok”.

desktop4

Tengok. Text icon dah tak ada highlight. Selamat mencuba.

Msword : Cara gabung page potraits dan landscape dalam satu fail.


Baru-baru ni Abawan tersedar yang banyak ilmu yang Abawan tak amalkan akhirnya hilang macam tu jer. Memang benarlah fitrah manusia itu adalah pelupa. Tambahan pula umur yang semakin meningkat ni.

Contohnya, cara bagaimana nak gabungkan page potraits dan landscape dalam satu fail Microsoft Word (Msword). Maklumlah, nak buat report baru la guna skill ni.

Begini caranya. (Abawan guna MsWord versi 2010)

1. Letakkan curser pada ayat yang paling akhir dalam page potraits tu. Klik Page Layout > Breaks > Section breaks > Next page.

Kemudian secara automatic (next page) page baru akan wujud.

2. Copy paste table dalam page kedua tu. (page yg nak buat landscape).

3. Klik Page Layout > Landscape.

4. Ok. Dah selesai.

Tapi table tu nampak mcm besar sgt. Tak cantik.

Cara untuk fitkan table dalam 1 page.

4.1 Right klik pada table > Autofit > Autofit to Windows

Table tu akan fit untuk 1 page.

Tapi font masih belum adjust.

4.2 Highlight table tu (klik pada symbol + tu) > Klik A kecik untuk kecilkan font.

4.3 Dah selesai.

Cara yang sama boleh juga digunakan untuk masalah berikut..

1. First page ada header & second page tiada header.

2. Nak uruskan page number. Cth nak skip page number.

Sekian. Selamat mencuba.

Tiket online TBS (Terminal Bersepadu Selatan)


Abawan lihat Tbs semakin hari semakin ramai. Tambahan pula dekat-dekat nak cuti raya ni. 18 kaunter dibuka, semuanya kena beratur. Termasuk mesin layan diri tu. Jadi Abawan sarankan elok guna online jer. Tak perlu beratur. Syaratnya, tiket mesti dibeli sebelum 48 jam perjalanan.

Caranya:

1) Pergi ke https://eticketing.tbsbts.com.my

2) Login. Guna Id & Password. Kalau belum ada Id kena sign up dulu.

3) Pilih Tarikh & Distinasi perjalanan.

4) Pilih Masa Perjalanan

4) Pilih Seat.

5) Pilih payment. Boleh guna kredit kad.

6) Last skali dapatkan “Online Booking Code” 8 digit. Code ini perlu ditunjukkan kat kaunter OKU utk tukarkan tiket biasa, sebelum bas berlepas.

Selamat Balik Kampung!

Cara tengok Live Camera Mekah & Madinah


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Abawan tengok keadaan Mekah & Madinah secara live. Ustaz kata kalau tengok kaabah dapat pahala. Jadi marilah sama-sama kita kumpul pahala secara percuma ni. Kita share sesama muslim. Org kata kalau kita berdoa depan kaabah InsyaAllah akan makbul, tapi kalau doa depan kaabah melalui kaedah live cam ni mcm mana yer? Tu Abawan tak sure pulak.

Abawan paling suka kalau tgk time waktu solat. Nampak sayu semua jemaah, sampaikan ada yg merintih & menangis . Sayu hati Abawan. Beza waktu Malaysia & Mekah 5 jam. Maknanya Mekah lewat 5 jam. Jadi tip utk lihat jemaah solat kita tunggu waktu solat kat Mekah. Maknanya kita boleh tgk jemaah solat Subuh lebih kurang pukul 11 pagi Malaysia (6 pagi di Mekah).

Imam solat jemaah di Mekah

Caranya:

1-Download player kat sini <<download>>.(saiz kecil 1.63 Mb)

2-Unzip file tersebut.

3-Double klik Nawuzah_Flash_Player.exe

4-Select folder Live Cam – Mekah & Madiah. (rujuk no 1)

5-Double klik Mekah Live.swf. (rujuk no. 2) Kemudian tunggu sekejap utk player streaming.

6-Nak tgk Madinah pula just double klik Madinah Live.swf.

Senangkan. Anda boleh simpan file tersebut dlm pendrive. Tak perlu install. Kat mana-mana pun boleh tgk Mekah. Asalkan ada access internet jer. Bila la agaknya Abawan dapat pegi Mekah? Anda doa-doakanlah supaya Abawan sempat pergi ke Mekah yerr. Terima kasih semua

====update 23 Ogos 2011.

Abawan minta maaf, software kat atas tu dah tak boleh guna sbb server live cam dah tukar. Abawan pun tak sempat nak update software baru. Jadi sesiapa yg nak tgk live cam mekah sila ke http://live.gph.gov.sa/ .

tu website arab. tapi Abawan dah bulat merahkan live cam mekah & live cam madinah. Semoga ini dpt membantu anda.

Cara buat grafiti cahaya


Semenjak Majalah 3 memaparkan teknik light grafiti ini, ramai photographer telah mencuba untuk membuat eksperiment untuk menghasilkan gambar menggunakan teknik grafiti cahaya ini. Abawan pun mmg sgt salute pada mereka yang kreatif menunjukkan hasilnya. Kawan Abawan a.k.a Razak pun telah mencubanya. Dan hasilnya dapat kita lihat disini. Beliau hanya menggunakan

  1. Camera DSLR
  2. I phone 4 – sebagai lampu (lampu LED lebih baik)
  3. Baldi – sebagai tripod

Abawan akan sharekan langkah-langkah utk membuat ligt grafiti tersebut.

  1. Pilih lokasi yang gelap. Razak telah memilih belakang rumahnya yang agak gelap disebalik pokok mempelam harum manis.
  2. Gunakan tripod utk meletakkan camera. Ini penting utk mengelakkan shaking. Walau sedikit shaking akan menyebabkan gambar jadi blur. Razak gunakan baldi bilik airnya utk menggantikan tripod tersebut.
  3. Tentukan jarak camera & frame gambar. Tandakan jarak frame supaya anda tidak melukis cahaya tersebut keluar dari frame. Razak menggunakan 2 baldi yg diletakkan dihujung kiri & kanan sbg tanda.
  4. Setkan camera anda kepada slow shutter. Razak setkan 30 saat. Maknanya dlm masa 30 saat Razak perlu menyiapkan lukisan cahaya tersebut. (F 22 & ISO – 800).
  5. Gunakan Timer utk memberi masa kpd anda bersedia di hadapan camera. Timer juga penting utk mengelakkan shaking berbanding press snap secara manual.
  6. Ok. Apabila camera mula snap, anda boleh mula melukis dihapan camera dgn menghalakan lampu @ cahaya hphone ke arah camera. Buatlah teknik cahaya mengikut kretiviti anda.
  7. Setelah 30 saat. Lihatlah hasilnya. Pasti menakjubkan!
  8. Jika anda ingin sebarang objek keluar bersama gambar grafiti cahaya tersebut, anda hanya perlu menyuluh cahaya pada objek tersebut pada 3 saat terakhir snap tersebut.

Mudah bukan. Yang penting anda mencubanya! Anyway credit pada Razak yg telah menyumbangkan gambar tersebut & mengajarkan teknik membuat grafiti cahaya ini. Abawan pun tak try lagi sbb tak ada camera DSLR. Camera hphone? ermm.. ermm.. Abawan tak tau nak set slow shutter tu kat mana. Haha.. so lupakan dulu..

Cara merakam & edit video guna Movie Maker


Rata-rata antara kita pasti telah mempunyai sebuah laptop. Terutama laptop yg telah built-in webcam. Jadi tutorial kali ni Abawan nak tunjuk cara kita membuat video dgn hanya menggunakan webcam laptop & movie maker. Tak perlu susah-susah cari video cam & software video editing. Sbb semuanya mmg dah ada dlm laptop kita kan.. Hanya memerlukan sedikit kreativiti sahaja.

Abawan akan tunjukkan caranya dlm youtube. Sbb kita akan lebih mudah memahami dlm bentuk visual. Kalau tutorial tu nampak mcm poyo jer cara Abawan explain tu harap maaf yer, sbb tutorial ni dibuat waktu tgh mlm. So suara pun mcm pondan sikit. Haha.. Tapi yg penting anda cuba. Harap nanti akan bertambah lagi org kreatif yg boleh buat video klip.

Buat permulaan Abawan akan tunjukkan bagaimana cara membuat miming video klip.

  1. Secara asasnya mula-mula kita rakam video sdg menyanyi menggunakan webcam.
  2. Kemudian kita edit dgn buangkan suara kita dan gantikan dgn suara lagu sebenar.

Contohnya Abawan buat utk lagu “Sujud Padamu” nyanyian Afgan. Bahan yg diperlukan.

  1. webcam laptop
  2. movie maker
  3. fail lagu format mp3

Tutorialnya

Contoh hasilnya

Ni dari Cikgu Shida

Selamat mencuba!

Cara hilangkan check spelling dlm microsoft words 2007


Servis automatik check spelling & grammar byk membantu dalam membetulkan kesilapan menaip. Terutama apabila menggunakan Bahasa Inggeris. Namun jika menggunakan Bahasa Melayu kadang-kadang agak mengganggu apabila setiap perkataan ditandakan underline merah (seolah-olah salah taip). Padahal memang dah betul. Contohnya:

Sepatutnya:

Jadi Abawan akan tunjukkan cara utk menghilangkan underline tersebut.

1) Klik “Office Button“.

2) klik “word options”.

3) Pilih “Proofing”.

4) Pilih “exception for” : all new documents @ file yg tertentu.

5) Tick pada : “hide spelling…” & “hide grammar…”

6) Klik “ok”.

Selamat mencuba.