Tiket online TBS (Terminal Bersepadu Selatan)


Abawan lihat Tbs semakin hari semakin ramai. Tambahan pula dekat-dekat nak cuti raya ni. 18 kaunter dibuka, semuanya kena beratur. Termasuk mesin layan diri tu. Jadi Abawan sarankan elok guna online jer. Tak perlu beratur. Syaratnya, tiket mesti dibeli sebelum 48 jam perjalanan.

Caranya:

1) Pergi ke https://eticketing.tbsbts.com.my

2) Login. Guna Id & Password. Kalau belum ada Id kena sign up dulu.

3) Pilih Tarikh & Distinasi perjalanan.

4) Pilih Masa Perjalanan

4) Pilih Seat.

5) Pilih payment. Boleh guna kredit kad.

6) Last skali dapatkan “Online Booking Code” 8 digit. Code ini perlu ditunjukkan kat kaunter OKU utk tukarkan tiket biasa, sebelum bas berlepas.

Selamat Balik Kampung!