Mini Konsert Ustaz Zulkifli Ahmad & Sham kamikaze


Assalamualaikum, baru-baru ni Abawan terjumpa video dari youtube berkenaan Ustaz Zul. Biasanya Ustaz akan nyanyi sedikit sahaja petikan lagu yang diselitkan dalam ceramahnya. Walaubagaimanapun kali ni tidak begitu. Ustaz nyanyi sampai 3 lagu. Wah.. akhirnya berjaya jugak ustaz buat mini konsert. Featuring Sham Kamikaze pulak tu. Well done ustaz. Cuma touching sikit bila Ustaz bawa lagu M.Nasir tu.. syahdu..

Ustaz telah tunjukkan cara berhibur dalam Islam. Simple. Ternyata Islam tidak menghalang kita  rock, dangdut, rap. Cuma liriknya sahaja perlu bersuaian agar dapat sentiasa mengingati Allah & Rasul. Semoga selepas ini tiada lagi jurang antara rockers & Islam.

Antara lagu yg diperdendangkan di Konsert Simfoni Islami (22 Sept 2011) di Kompleks Matin Perlis ni adalah:
1) BPR – Silatulrahim
2) Awie – Iris
3) M.Nasir – Kepadamu Kekasih
4) Selawat

Ust. Zulkifli Ahmad – Ceramah Cuciter


Ceramah online daripada Ustaz Zulkifli Ahmad mengupas hadis bertajuk “Penyakit Umat Terdahulu“.

  1. Terlalu banyak berseronok
  2. Terlalu bermewah-mewah
  3. Menghimpunkan harta sebanyak mungkin
  4. Tipu menipu merebut harta dunia
  5. Saling memarahi
  6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi

Disamping itu Ustaz menyarankan agar kita menyimpan simpanan kita menggunakan emas (dinar @ dirham). Penjelasan tentang public gold boleh tanya ustaz sbb ustaz salah seorang agennya. Pesan ustaz jgn terpedaya dgn pekej jualan emas jenis MLM. Penuh dgn seloka yang mencuit hati. Cuciter.. tag “Hantu Kak Limah Balik Rumah” juga membuat jemaah tidak kering gusi.  Seperti biasa Ustaz juga sempat mendendangkan lagu Iris (Awie) dgn penuh emosi. Haha.. Dengarkanlah:

Part 1 (30 minit)

Part 2 (32 minit)

Ust. Zulkifli Ahmad – Valentine vs Maulidur Rasul


Ustaz Zulkifli Ahmad

Walaupun sambutan Maulidur rasul dah lepas, namun Abawan nak share juga ceramah dari ustaz zul ni. Kali ni ustaz byk menyentuh sejarah St. Valentino. Dengarkan ceramah beliau.

Part 1 (30 minit)

Part 2 (25 minit)

Ust. Zulkifli Ahmad: Golongan Anti Hadis


Ustaz Zulkifli Ahmad

Sekali lagi Abawan bawakan siri ceramah dari ofis. Dah lama kita tak dgr Ustaz Awie ni nyanyi. Jadi kali ni beliau dalam ceramahnya menyanyikan lagu Maher Zain (The Chosen One).

  • Golongan Anti Hadis Kassim Ahmad sekitar tahun 80-an.
  • Jenis-jenis Hadis
  • Hukum merokok
  • Didik anak dgn Al-Quran

Antara doa yg diajarkan.

1) Doa masuk rumah baru.
2) Doa utk wanita yg penat membuat kerja dirumah.

Part 1 (30 minit)

[Audio http://dc181.4shared.com/img/453692670/ca8d4677/dlink__2Fdownload_2F1jrGHDNr_3Ftsid_3D20101215-101921-3f5a90e1/preview.mp3%5D

Part 2 (28 minit)

[Audio http://dc234.4shared.com/img/453699791/f5cab659/dlink__2Fdownload_2FO45yrNLT_3Ftsid_3D20101215-102456-483482db/preview.mp3%5D

Juga Abawan berikan Video Klip Maher Zain yg Ustaz maksudkan dlm ceramahnya (part 2 – minit ke8.00). Adakah suara Ust. Zul ni semantap Maher Zain? Sama-samalah kita nilaikan. Haha..

Ust. Zulkifli Ahmad : Pesanan Bulan Ramadan


Ustaz Zulkifli Ahmad

Atas permintaan dari anak sedara yg jauh diperantauan, jadi Abawan post lagi ceramah dari Ustaz Zul ni. Ceramah ni diadakan dalam bulan Ramadhan yg lalu. Masa ni Puan Pengarah pun turut serta dgr ceramah. Memang hebat  tarikan ustaz Zul. Antara isi ceramah beliau menyentuh tentang penipuan dunia, kisah ringgo dll.

Seperti biasa antara lagu yg dinyanyikan Lagu P.Ramlee – dunia penuh dosa (bujang lapok), Ringgo – Kalau benci katakanlah, Rahim Maarof – Istana menanti, Saleem Iklim (boleh buat munajat solat malam). 🙂

Ust. Zul juga dlm usaha untuk menubuhkan pusat utk remaja (laman mukmin) & pusat hafazan utk kanak2. Sama2lah kita berdoa agar usaha beliau diberkati dan terus mencapai kejayaan.

Part 1 (20 minit)

Part 2 (22 minit)

Ust. Zulkifli Ahmad: Kitab Peristiwa Akhir Zaman


Ustaz Zulkifli Ahmad

Ini antara siri ceramah di pejabat Abawan. Cuma Abawan tolong sampaikan untuk sama2 kita berkongsi Ilmu. Ramai sahabat di pejabat Abawan mmg menantikan kemunculan Ustaz Zul ni. Ada yang gelarnya Ustaz Awie. Sebab suaranya mmg high class. Sejibik mcm Awie. Bila tarik high note mmg tak pernah putus. Itulah kelebihan ustaz Awie ni. Bila berceramah pasti beliau akan slotkan lagu2 terkini. Dalam ceramah kali ni beliau nyanyi lagu HandyBlack, Awie, Shahir etc.. Sungguh terhibur dgr ceramah beliau.

Kali ini tajuk yg dibawa adalah “umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi dan Nasrani”. Beliau mengupas beberapa perkara antaranya.

Part 1 (22 minit)

Part 2 (24 minit)

Continue reading